RINGKASAN EKSEKUTIF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
PADA MASA KINI
FROZZY ICE CREAM telah ditubuhkan pada Mac 2014 dengan aktiviti utama hanyalah jualan aiskrim kon sahaja. Sehingga kini FROZZY ICE CREAM telah menempuhi pelbagai peringkat dan telah mempunyai 8 jenis produk iaitu FROZZY PULUT MIX (SMALL CUP), FROZZY PULUT MIX (LARGE CUP), FROZZY BANANA MIX (SMALL CUP), FROZZY BANANA MIX (LARGE CUP), FROZZY OREO KON (SINGLE SCOOP), FROZZY ASKELEYT, FROZZY COCONUT TROPICA dan FROZZY FRUITY dan mempunyai 2 cawangan buat masa ini.
Bermula Januari 2015 FROZZY ICE CREAM telah memulakan penjualan kiosk berkonsepkan franchais bermula pada harga RM3,000 dan Kiosk SUPERIOR pada harga RM45,000. Pemilik kiosk akan memperolehi pakej perniagaan FROZZY ICE CREAM termasuk pakej latihan, pakej pengurusan dan pakej pemasaran.
PADA MASA HADAPAN
Pada permulaan FROZZY ICE CREAM akan membuka sebuah cawangan baru yang lengkap dengan peralatan seperti mesin waffle cone, mesin chocolate fountain, mesin deep fryer dan mesin soft ice cream untuk memastikan kelancaran jualan FROZZY ICE CREAM dan menjadi kedai fokus utama aiskrim
FROZZY ICE CREAM bercadang untuk melahirkan usahawan FROZZZY ICE CREAM dengan menggunakan konsep 3B iaitu BelajarBekerja dan Berniaga dalam peringkat seterusnya. Program ini akan menggalakkan lebih ramai golongan muda terutamanya yang mengganggur memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.

Pada masa yang sama pertambahan peluang niaga ini dapat mewujudkan peluang perkerjaan seramai (2-4 orang) pada 1 kiosk dan jumlah itu akan berganda seiring dengan pertambahan kiosk FROZZY ICE CREAM

No comments :

Post a Comment